10 Disember, 2009

Sejarah Memanah


Daerah Sabak Bernam telah berkecimpung dalam sukan memanah sejak tahun 2003 di mana dua orang guru telah di hantar berkursus iaitu En Abdul Hamid bin Saberi dan En Jamalullail bin Md Jais. Namun disebabkan tiada sebarang peralatan yang dibekalkan, maka bakat kejurulatihan mereka terpendam sementara. Sehingga pada tahun 2004, bekalan alatan diterima oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam sebanyak dua (2) set alatan kayu. Dua orang pelajar telah dipilih untuk kem bakat memanah. Pada tahun 2005, set alatan telah diterima di beberapa sekolah iaitu SK Batu 38, SK Khir Johari, SK Binjai Jaya dan SBP Integrasi Sabak Bernam. Pada tahun yang sama Daerah Sabak Bernam telah menjadi tuan rumah MSSS Memanah. Seorang pelajar daerah Sabak Bernam telah terpilih mewakili pasukan negeri ke Kejohanan MSSM Memanah di Kota Kinabalu, Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan