30 Disember, 2009

Kejohanan MSSD & MSSS 2010


Kejohanan MSSD Memanah 2010 dijadualkan pada 1 - 2 Febuari 2010 bertempat di sekolahku SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Manakala Kejohanan MSSS pula pada 8 - 11 Mac bertempat di daerah Kuala Langat. Kategori di pertandingkan hanya bawah 12 dan bawah 18 tahun sahaja.

Tarikh kejohanan MSSS telah dipinda ke tarikh Jun 2010.

Tarikh kejohanan MSSM pula dikhabarkan di bawa ke tarikh November 2010.

Bila duit dah tak de, bakat-bakat pasti merudum.

Tunggu dan lihat.

11 Disember, 2009

ARCHERY TRAINING

1st World Champion Korean Archer Park Syng Hyun

10 Disember, 2009

Hadis Rasulullah SAW Perihal Memanah

Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".

Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".

Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".

Kursus Membina Blog di Purnama Beach Resort P Pangkor

Tengah-tengah sibuk mengawas peperiksaan SPM, aku lari jap ke Pulau Pangkor untuk Mesyuarat Pengerusi Teknik Sukan PPD Sabak Bernam. Ikutkan malas gak nak pergi, tapi aku belum bawa isteri dan anak aku ke mana-mana lagi, so baiklah aku pergi sambil berjalan. Balik Pangkor jumaat ni, malam terus nak bertolak ke Johor pulak coz sepupu isteri aku walimah. Lepas tu, ahad subuh kena balik sebab isnin sampai rabu masih ada SPM. Khamis, mesyuarat hantar bahan SPM di PPD. Jumaat, mesyuarat program pra tahfiz. Sabtu, seharian bawa budak pra tahfiz rombongan ke Petrosains dan Zoo Negara. Peeeeeh........letih jadual aku ni.

Sejarah Memanah


Daerah Sabak Bernam telah berkecimpung dalam sukan memanah sejak tahun 2003 di mana dua orang guru telah di hantar berkursus iaitu En Abdul Hamid bin Saberi dan En Jamalullail bin Md Jais. Namun disebabkan tiada sebarang peralatan yang dibekalkan, maka bakat kejurulatihan mereka terpendam sementara. Sehingga pada tahun 2004, bekalan alatan diterima oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam sebanyak dua (2) set alatan kayu. Dua orang pelajar telah dipilih untuk kem bakat memanah. Pada tahun 2005, set alatan telah diterima di beberapa sekolah iaitu SK Batu 38, SK Khir Johari, SK Binjai Jaya dan SBP Integrasi Sabak Bernam. Pada tahun yang sama Daerah Sabak Bernam telah menjadi tuan rumah MSSS Memanah. Seorang pelajar daerah Sabak Bernam telah terpilih mewakili pasukan negeri ke Kejohanan MSSM Memanah di Kota Kinabalu, Sabah