18 April, 2012

Memanah MSSM Kuantan


















Cuti pertengahan Mac 2012 lepas habis seminggu berada di lapang sasar memanah di Kuantan Pahang. Banyak pengalaman diraih dan banyak pula air hujan yang ditakung kerana selama 5 hari hujan turun tak henti-henti. Keadaaan padang sekolah yang digunakan jangan ceritalah..... macam sawah padi.
Apa pun suasana kejohanan tetap berjalan lancar walaupun pemanah dan jurulatih terpaksa berhujan. Yang aku kesian satu je... habis MSSM confirm lebih separuh daripada 64 target butt yang ada kena buang saja sebab dah penuh dengan air hujan.
Dan.... Selangor terpaksa melepaskan kedudukan selaku johan keseluruhan pada tahun lepas ke tangan Perak yang mengungguli kejohanan untuk tahun ini. Dengan kiraan sistem mata yang baru, Selangor perlu bekerja lebih bersungguh-sungguh untuk menyaingi negeri-negeri lain terutama Perak, Terengganu, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Sabah yang kelihatan hebat menyediakan program pelapis memanah untuk atlet-atlet mereka.Moga aktiviti memanah akan terus maju dan aktif dengan pelbagai kejohanan di Selangor. Terima kasih kepada seluruh rakan-rakan jurulatih yang telah sama-sama memberikan sumbangan dalam memastikan atlet-atlet MSSM Selangor menyumbangkan pingat untuk pasukan negeri walaupun sekadar menduduki ranking ke-5 pada tahun ini. Terima kasih juga buat semua atlet yang telah berusaha untuk mencapai kegemilangan walaupun ada yang berjaya dan sebahagiannya kecundang. Bagi yang masih bersekolah untuk tahun hadapan, teruskan latihan dan perbaiki kelemahan yang ada. InsyaAllah sekiranya ada kemahuan di situ akan terserlah kejayaan. Selamat Berjaya.

06 Januari, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Dunia memanah mungkin sebahagian dari aktiviti penting aku. Tahun 2011 telah ku tinggalkan namun boleh juga aku berbangga kerana telah berjaya mengendalikan 6 kursus memanah untuk anak-anak didik sekitar daerah Sabak Bernam. Yang paling akhir pada 28-30 Disember yang lalu. Walau pun tidak seramai semasa bulan Oktober lepas yang mencecah 89 orang peserta hadir dari 14 buah sekolah rendah dan menengah, namun kursus keilmuan ini penting memandangkan ianya berjalan sebelum buka sesi persekolahan 2012.

Tumpuan aku sekarang buat masa ini bukanlah Sukan Selangor (SUKSES) yang akan berlangsung bermula 12 - 15 Januari depan tetapi adalah pada 20-24 Febuari iaitu Kejohanan MSS Selangor yang mana Daerah Sabak Bernam terpilih sebagai tuan rumah kejohanan. Kalau ikutkan kemampuan pemanah-pemanah yang sedia ada untuk bersaing dengan pemanah daerah lain memang nampaknya terlalu sukar. Tapi itulah hakikat yang terpaksa aku telan yang mana PPD mengharapkan sekurang-kurangnya sebutir pingat daripada keseluruhan pingat yang ada.

Apa pun persiapan tetap aku perkemaskan. Latihan memanah untuk atlet-atlet yang menyerlah dipertingkatkan dengan harapan ... kalau-kalau ada pemanah yang boleh dijadikan sandaran pingat. Setiap Sabtu dan Ahad terpaksalah aku panggil atlet-atlet ni turun. Dah lah arrow yang ada pun tak mencukupi, peruntukan arrow baru jauh panggang dari api terutama awal-awal tahun ni. Kalau yang lepas habis le juga duit aku untuk beli 2 dz arrow carbon dan aksesori yang mudah sangat rosak. Tapi kali ni rasanya tak termampulah juga untuk aku mendahulukannya. Semoga kejayaan tetap menjadi impian walaupun dalam serba kekurangan. Faham-faham sajalah, atlet Sabak ni kalau tak disediakan alatannya, sah tak terbelilah depa-depa ni.

Tahun 2012 ni juga aku bertukar suasana dengan mengajar di sekolah yang baru. Tujuan aku beralih ke sekolah aliran agama adalah untuk membangunkan sukan memanah di mana setiap tahun akan diadakan Mahrajan Memanah Negeri dan Kebangsaan. Aku dipertanggungjawabkan untuk melatih dan membangunkan sukan tersebut oleh IPA JPNS. Sasaran aku tahun ni dari sekolah aku yang baru ni dapat melahirkan sekurang-kurangnya seorang atlet ke Mahrajan Memanah Kebangsaan.

Semoga tahun ni sukan memanah akan cemerlang untuk diriku, atletku dan daerahku.

25 Jun, 2011

Lama dah tak jenguk blog nihhhh....

Salam.
Ni lah, bila orang lain buat blog, sibuk aku pun nak buat blog. Bila dah buat, ditinggal-tinggalkan je blog tu. Goblog betul!

Sekadar coretan untuk diri sendiri.......


Kejohanan Memanah MSSM 2011 dah pun berlalu pada 1-6 Jun lepas di SMK Manir Kuala Terengganu. Tak banyak pingat emas yang berjaya dikumpulkan oleh team Selangor. Namun, dari pungutan mata, Selangor masih mengungguli untuk layak sebagai Johan Keseluruhan MSSM 2011 selepas disaing hebat oleh team Pulau Pinang.

Banyak yang perlu dipertingkatkan lagi dalam sesi latihan.

Balik dari Terengganu, aku buat kursus asas memanah untuk pelajar sekolah sekitar Sabak Bernam. Seramai 26 orang yang ikut serta. Minggu pertama buka sekolah selepas cuti pertengahan tahun buat sekali lagi untuk area Sungai Besar bertempat di SMKA Simpang Lima. Seramai 18 orang yang hadir.

15 Mac, 2010

Keputusan SPM 2009

Tahniah kepada anak-anak didik yang cemerlang dalam SPM 2009. Bagi yang kurang cemerlang, masih terdapat ruang-ruang kesilapan yang boleh diperbaiki. Anda hanya perlu memberikan tumpuan 100% terhadap matlamat anda. Sama seperti seorang pemanah yang kurang memberikan tumpuan dan kurangnya latihan, maka sudah pasti anak panah tidak akan mengenai sasaran dengan tepat.

Kepada yang berjaya, teruskan kecemerlangan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Kepada yang kurang berjaya, usaha terus dengan bersungguh-sungguh. Mungkin jalan anda lebih jauh sedikit tetapi matlamat tetap ke arah yang sama.

Syabas! Tahniah!

Moga kejayaan sentiasa bersama anda.

30 Disember, 2009

Kejohanan MSSD & MSSS 2010


Kejohanan MSSD Memanah 2010 dijadualkan pada 1 - 2 Febuari 2010 bertempat di sekolahku SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Manakala Kejohanan MSSS pula pada 8 - 11 Mac bertempat di daerah Kuala Langat. Kategori di pertandingkan hanya bawah 12 dan bawah 18 tahun sahaja.

Tarikh kejohanan MSSS telah dipinda ke tarikh Jun 2010.

Tarikh kejohanan MSSM pula dikhabarkan di bawa ke tarikh November 2010.

Bila duit dah tak de, bakat-bakat pasti merudum.

Tunggu dan lihat.

11 Disember, 2009

ARCHERY TRAINING

1st World Champion Korean Archer Park Syng Hyun